Salam 1Malaysia,
Pihak RSC P9 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Putrajaya khasnya kepada warga Presint 9 yang telah bersama-sama menjayakan kempen "Jom Balik Raya" yang telah diadakan dengan jayanya di stesen minyak Petronas Presint 9A dan 9D. Ucapan terima kasih juga kami rakamkan kepada pihak Polis IPD Putrajaya, Perbadanan Putrajaya serta DSU Tengku Adnan Tengku Mansur, Ahli Parlimen Putrajaya yang telah bersama-sama turun padang bertemu warga Putrajaya yang rata-rata telah datang ke stesen Petronas mengisi minyak untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.
Pada masa yang sama, warga Putrajaya ingin bertemu pemimpin mereka dan seterusnya, Ahli Parlimen Putrajaya, pihak polis dan Perbadanan Putrajaya telah menyerahkan "Goodies Bag" buat bekalan pulang ke kampung.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kegembiraan kami di RSC P9 apabila melihatkan begitu banyak kereta dan orang ramai hadir ke lokasi program. Tidak juga kami lupakan sumbangan kedua-dua stesen Petronas di Presint 9, Putrajaya yang telah turut sama menaja lokasi dan memberikan laluan bagi kami menjayakan program ini.
Pihak kami juga ingin berterima kasih kepada AJK dan crew RSC P9 yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Putrajaya khasnya warga Presint 9, Putrajaya. Insyaallah, kami akan adakan program seperti ini di tahun hadapan.
Kami ingin berkongsikan keriangan dan wajah-wajah keceriaan para pemimpin dan orang ramai di kempen JOM BALIK RAYA tersebut. Saksikanlah klip video yang kami paparkan di bawah.
Sila klik imej di bawah dan anda akan dibawa secara langsung ke album Facebook yang mengandungi gambar-gambar sepanjang kempen "Jom Balik Raya". Anda perlu login ke akaun Facebook untuk melihat album tersebut.
No comments:
Post a Comment