Tuesday 14 August 2012

Jom Balik Raya




Salam 1Malaysia,

Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak berapa lama lagi. Kami di RSC Presint 9, Putrajaya akan mengadakan satu kempen bagi memupuk kesedaran kepada pengguna-pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalanraya khususnya semasa memandu pulang ke kampung halaman.

Maka, dengan itu kami akan mengadakan kempen "JOM BALIK RAYA" di mana kempen itu mendapat kerjasama dari Perbadanan Putrajaya, Ahli Parlimen Putrajaya serta agensi-agensi keselamatan jalan raya yang lain.

Kempen itu akan diadakan di stesen minyak Petronas Jalan Presint 9A dan 9D. Kami juga akan mengagihkan "Goodie Bags" kepada para pengguna yang singgah di stesen-stesen minyak tersebut. Maklumat lengkap kempen tersebut kami paparkan di bawah:

Tarikh: 15/8/2012
Masa: 9:30 malam
Tempat: Stesen Petronas Jalan P9A dan P9D

Aturcara adalah seperti di bawah:

09.45 mlm - Berkumpul di stesen Petronas 9A & 9D.
10.00 mlm - Ketibaan DSU Tengku Adnan Bin Tengku Mansur
                   di stesen Petronas 9A.
10.05 mlm - Pengagihan "goodie bags" untuk pemandu & penunggang di stesen Petronas P9A.
10.30 mlm - Tengku Adnan akan bergerak stesen Petronas P9D.
10.35 mlm - Pengagihan "goodie bag" kepada pemandu & penunggang di P9D.

Jadi, kepada anda yang kebetulan nak pulang ke kampung pada malam itu, jom kita ramai-ramai singgah di stesen Petronas tersebut dan bawa pulang "goodie bags" sebagai hadiah Hari Raya anda..

Ingat, jom kita beramai-ramai datang ke stesen Petronas Jalan P9A dan P9D pada jam 9:30 mlm, 15/8/2012 (Rabu)

No comments:

Post a Comment